Jambatan Kedua Pulau Pinang tersebut mendapat suntikan modal dari EXIM Bank of Inilah yang ajaibnya dengan perbelanjaan pembangunan di Pada saya kos yang dicadangkan ini terlalulah mahal dan tidak berpadanan. Malah boleh dikatakan bahawa kos yang dicadangkan ini amat luar biasa dan penuh dengan tanda-tanda rasuah di dalamnya. Malah peningkatan kos dari RM8 bilion pada empat tahun yang lalu kepada RM12.5 bilion adalah satu peningkatan yang tidak masuk akal. Abdullah Ahmad Badawi amat gemar berbelanja malah perbelanjaan yang dilakukan olehnya berkali ganda berbanding dengan Tun Mahathir ketika di puncak kuasa. Kalau dinisbahkan kegilaan Abdullah Ahmad Badawi berbelanja dengan Tun Mahathir, kita boleh mendapat nisbah 5:1. Persoalan yang sepatutnya semua rakyat Perlukah kita membayar semua perbelanjaan gila ini dengan kulit kerang atau daun pisang? Kalaulah kita boleh membayar dengan kulit kerang atau daun pisang, tentulah ianya amat bagus. Namun yang pasti tiada siapa pun didalam dunia ini ingin menerima kulit kerang sebagai bayaran. Pada zaman batu memang ramai yang menerima kulit kerang sebagai matawang. Sampai bilakah Abdullah Ahmad Badawi akan berbelanja? Adakah sehingga kantung negara kempis ataupun negara ini terjual kepada pihak asing barulah Abdullah Ahmad Badawi akan berhenti berbelanja secara mewah. Saya bukanlah tidak suka (menentang) pembangunan akan tetapi saya amat risau bagaimana kita boleh membiayai kos pembangunan tersebut. Seperti pepatah Melayu “Ukurlah baju dibadan sendiri” amatlah bertepatan ditanya kepada Abdullah Ahmad Badawi & Co. Janganlah berbelanja seperti orang yang menggunakan kad kredit yang akhirnya akan mengikat diri mereka sendiri. Lebih baik berbelanja seperti orang yang menggunakan kad debit dimana mereka akan berbelanja mengikut kemampuan. Jadi, fikir-fikirkanlah. - ketuaperusuh.wordpress.com |
Sunday, December 23, 2007
Kos RM12.5 bilion projek landasan berkembar tak masuk akal!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Terowong SMART terus ditutup
KUALA LUMPUR 15 Nov. – Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan (SMART) akan terus ditutup sehingga kerja-kerja mengalirkan air dari kolam takungan di Kampung Berembang dan Taman Desa ke Sungai Kerayung selesai dijalankan.
Bukan untuk elak kesesakan lalu lintas – Ir. Keizrul
KUALA LUMPUR 15 Nov. – Pembinaan Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan (SMART) adalah untuk mengelakkan kejadian banjir di sekitar Lembah Klang bukan menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di ibu kota.
No comments:
Post a Comment