Tuesday, October 30, 2007

Kos bina jambatan kedua Pulau Pinang dijangka meningkat

kategori : Jambatan ke 2 (Penang)



30/10 (Bernama) - Kos pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang dijangka meningkat berikutan kenaikan harga bahan mentah, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Beliau berkata, kenaikan bahan mentah seperti besi dan simen akan menyumbang kepada peningkatan kos pembinaan jambatan yang akan dibina merentangi Selat Selatan, menghubungkan Batu Kawan di Seberang Perai dan Batu Maung di bahagian pulau negeri itu.

“Esok saya akan mengadakan perjumpaan dengan pihak yang terlibat untuk mengetahui dengan lebih terperinci mengenai perkara itu,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan “RosettaNet Global Community Summit and Conference” di sini hari ini.

Kos asal pembinaan jambatan sepanjang 24km termasuk 17km di atas air itu ialah RM3 bilion.

“Kos RM3 bilion itu berdasarkan penilaian yang dibuat beberapa tahun lepas dan kos itu dijangka lebih tinggi jika dinilai mengikut keadaan semasa selepas harga bahan mentah meningkat,” kata Koh.

Kerja-kerja pembinaan jambatan itu telah dimulakan dan dijangka siap pada Januari 2011.

Pembinaan jambatan ini melibatkan pembiayaan dari Exim Bank of China, Bank Pembangunan Malaysia dan kerajaan.

Perjanjian pembiayaan telah ditandatangani pada 13 Julai lepas di Putrajaya.

Mengenai RosettaNet, Koh berkata, lebih 400 syarikat di negara ini dijangka melaksanakan standard RosettaNet dalam tempoh setahun ini, di mana kini 446 syarikat telah melaksanakannya sejak diperkenal pada 2002.

RosettaNet bertujuan menyediakan standard perniagaan secara terbuka yang dihubungkan dengan jaringan perniagaan global.

1 comment:

Anonymous said...

Oi, achei seu blog pelo google está bem interessante gostei desse post. Gostaria de falar sobre o CresceNet. O CresceNet é um provedor de internet discada que remunera seus usuários pelo tempo conectado. Exatamente isso que você leu, estão pagando para você conectar. O provedor paga 20 centavos por hora de conexão discada com ligação local para mais de 2100 cidades do Brasil. O CresceNet tem um acelerador de conexão, que deixa sua conexão até 10 vezes mais rápida. Quem utiliza banda larga pode lucrar também, basta se cadastrar no CresceNet e quando for dormir conectar por discada, é possível pagar a ADSL só com o dinheiro da discada. Nos horários de minuto único o gasto com telefone é mínimo e a remuneração do CresceNet generosa. Se você quiser linkar o Cresce.Net(www.provedorcrescenet.com) no seu blog eu ficaria agradecido, até mais e sucesso. (If he will be possible add the CresceNet(www.provedorcrescenet.com) in your blogroll I thankful, bye friend).

web stats