Tuesday, November 13, 2007

PBT Selangor gagal capai mutu diberi penyapu

kategori : PBT


Mohamad Khir Toyo menyerahkan penyapu kepada wakil Majlis Daerah Hulu Selangor pada majlis anugerah Bulan Kualiti 2007 di Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM 12 Nov. – Pada bulan Januari lalu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pejabat tanah dan daerah (PTD) di negeri itu berusaha membaiki prestasi masing-masing.

Beliau memberi amaran mana-mana PBT dan PTD yang gagal berkhidmat dengan baik termasuk mengutip cukai akan dihadiahkan penyapu sebagai tanda simbolik untuk mereka membuat ‘pembersihan pejabat’ bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Ketika itu banyak pihak menganggap amaran beliau hanya sebagai sesuatu yang melucukan.

Hari ini, pada majlis Anugerah Khas Prestasi Kutipan Hasil Negeri Selangor 2006 yang diadakan di Shah Alam, Mohamad Khir mengotakan janjinya untuk menghadiahkan ‘penyapu’ kepada Yang Dipertua PBT dan ketua jabatan yang gagal menunjukkan prestasi cemerlang.

Penerima pertama ‘penyapu’ itu ialah Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Hulu Selangor serta Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS).

Mohamad Khir berkata, pemberian penyapu itu bukan untuk menjatuhkan maruah tetapi bagi membersihkan sikap buruk dan amalan negatif PBT dan jabatan yang tidak mencapai tahap maksimum kualiti perkhidmatan yang telah ditetapkan.

Bagi jabatan yang cemerlang dan mencapai sasaran, kakitangannya diberi insentif seperti lawatan ke luar negara, katanya.

Wednesday, November 14, 2007

Penyapu jadi sumber inspirasi – Tukiman

kategori : PBT

Oleh FAUZIAH AROF


Tukiman Nail.

SHAH ALAM 13 Nov. – “Saya letak penyapu itu dalam pejabat sebagai inspirasi serta iktibar kepada saya dan kakitangan. “Biar apabila tengok penyapu itu, kami semua akan bekerja lebih kuat lagi. Ini merupakan satu cabaran.”

Begitulah luahan Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), Tukiman Nail apabila bercakap mengenai anugerah ‘penyapu’ yang diterimanya kerana gagal mencapai sasaran dalam mengutip hasil cukai, dalam Majlis Anugerah Bulan Kualiti 2007 semalam.

Memang sukar bagi beliau untuk menerima hadiah yang disifatkan sebagai satu sejarah agak perit dalam hidupnya yang telah menerajui pihak berkuasa tempatan itu sejak Jun tahun lalu.

“Ini bukan kejutan... saya telah diberitahu awal beberapa hari mengenai keputusan MDHS akan menerima anugerah tersebut dan Menteri Besar pun dah beri amaran kepada semua ketua jabatan mengenai anugerah ini pada tahun lalu.

“Sesiapa pun memang sukar hendak menerima penyapu sebagai hadiah tetapi saya bersifat budiman, naik juga (ke pentas) dengan perasaan macam-macam,” katanya ketika ditemui sebelum menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di sini, hari ini.

Semalam, pada majlis Anugerah Khas Prestasi Kutipan Hasil Negeri Selangor 2006, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menghadiahkan penyapu kepada MDHS yang diwakili Tukiman dan Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Selangor.

Sehingga sekarang, kata Tukiman, beliau menerima banyak khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada rakan-rakan yang kebanyakan menyuntik semangatnya untuk terus bekerja kuat.

Bagaimanapun, Tukiman menegaskan, anugerah tersebut diterima bagi kategori kutipan hasil cukai semasa dan tunggakan cukai yang tiada kena-mengena dengan mutu perkhidmatan awam.

“Ini bukan cerita masalah perkhidmatan tidak cekap, jalan berlubang atau tiada lampu jalan. Ini semua (anugerah penyapu) mengenai kutipan hasil cukai,” tegasnya.

Beliau menjelaskan, kawasan pentadbirannya mempunyai tunggakan cukai RM17 juta manakala cukai yang sepatutnya dikutip ialah RM23 juta.

Kebanyakannya, kata beliau, melibatkan kawasan Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Bandar Sungai Buaya dan Lembah Beringin iaitu kawasan tidak ramai penghuni.

Monday, January 14, 2008

Permohonan ubah suai lulus sejam

kategori : PBT



KUALA LUMPUR: Bagi mempermudahkan urusan kelulusan tambahan dan ubah suai kediaman, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengikut jejak langkah pihak berkuasa tempatan lain dengan melaksanakan proses kelulusan tambahan dan ubah suai siap dalam masa sejam.

Pegawai Perhubungan Awam MPAJ, Norhayati Ahmad, berkata sejak dilaksanakan pada Ogos tahun lalu, enam hingga 20 permohonan diterima setiap hari dan 100 permohonan diterima dalam masa sebulan.

“Setakat ini, kita menerima permohonan yang menggalakkan berikutan kemudahan ini memudahkan urusan ubah suai kediaman kerana pemilik tidak perlu berulang alik ke Menara MPAJ untuk mendapatkan kelulusan.

“Tempoh sejam yang diberikan amat memadai dan menjimatkan masa pemilik kediaman sekiranya semua syarat permohonan sudah dipenuhi,” katanya.

Beliau berkata, antara syarat yang perlu dipatuhi ialah pemilik kediaman perlu mengemukakan permohonan pada jam antara jam 8 pagi hingga jam 3 petang dan segala dokumen yang dilampirkan mestilah lengkap mengikut syarat yang ditetapkan pada borang A dan buku panduan.

“Tempoh sejam yang dimaksudkan bermula dari waktu pembayaran dan permohonan yang dikemukakan selepas jam 3 petang hendaklah mengambil kelulusan berkenaan pada keesokan harinya.

“Hanya permohonan yang membabitkan sambungan biasa seperti sambungan belakang, hadapan dan tepi untuk rumah kediaman saja diproses kelulusannya dalam tempoh satu jam dan permit meletak bahan binaan sebanyak RM54 hendaklah dijelaskan ketika mengemukakan permohonan,” katanya.

Norhayati berkata, bagi pemohon yang membuat tambahan pada bangunan seperti penambahan tingkat dan tambahan melebihi 50 peratus dari keluasan asal tidak akan diproses dalam masa sejam.

“Ini kerana pembinaan sedemikian perlu di buat lawatan tapak terlebih dulu dan memerlukan ulasan dari jabatan teknikal lain,” katanya.

Tuesday, October 30, 2007

Kos bina jambatan kedua Pulau Pinang dijangka meningkat

kategori : Jambatan ke 2 (Penang)



30/10 (Bernama) - Kos pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang dijangka meningkat berikutan kenaikan harga bahan mentah, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Beliau berkata, kenaikan bahan mentah seperti besi dan simen akan menyumbang kepada peningkatan kos pembinaan jambatan yang akan dibina merentangi Selat Selatan, menghubungkan Batu Kawan di Seberang Perai dan Batu Maung di bahagian pulau negeri itu.

“Esok saya akan mengadakan perjumpaan dengan pihak yang terlibat untuk mengetahui dengan lebih terperinci mengenai perkara itu,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan “RosettaNet Global Community Summit and Conference” di sini hari ini.

Kos asal pembinaan jambatan sepanjang 24km termasuk 17km di atas air itu ialah RM3 bilion.

“Kos RM3 bilion itu berdasarkan penilaian yang dibuat beberapa tahun lepas dan kos itu dijangka lebih tinggi jika dinilai mengikut keadaan semasa selepas harga bahan mentah meningkat,” kata Koh.

Kerja-kerja pembinaan jambatan itu telah dimulakan dan dijangka siap pada Januari 2011.

Pembinaan jambatan ini melibatkan pembiayaan dari Exim Bank of China, Bank Pembangunan Malaysia dan kerajaan.

Perjanjian pembiayaan telah ditandatangani pada 13 Julai lepas di Putrajaya.

Mengenai RosettaNet, Koh berkata, lebih 400 syarikat di negara ini dijangka melaksanakan standard RosettaNet dalam tempoh setahun ini, di mana kini 446 syarikat telah melaksanakannya sejak diperkenal pada 2002.

RosettaNet bertujuan menyediakan standard perniagaan secara terbuka yang dihubungkan dengan jaringan perniagaan global.

Saturday, October 06, 2007

Bina dan jual dilulus -- Pembeli rumah bayar 10%, baki selepas siap - Najib


Oleh: ROZAMAN ISMAIL dan HELMI MOHD FOAD

PUTRAJAYA 22 Jun 2006- Kerajaan hari ini bersetuju memperkenalkan pembinaan projek perumahan menggunakan konsep ‘bina dan jual' yang hanya memerlukan para pembeli membayar pendahuluan 10 peratus harga jualan dan bakinya dilunaskan selepas rumah siap.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, buat permulaan konsep ini akan dicuba oleh pemaju-pemaju selama dua tahun dengan pemantauan kerajaan.

“Selepas dua tahun, sekiranya ia lebih baik (daripada kaedah konvensional sekarang) kerajaan akan meneliti semula dasar ini.

“Bagaimanapun kaedah konvensional tidak akan dimansuhkan dan ia berjalan selari dengan konsep baru ini,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan Ke-54 di sini hari ini.

Konsep bina dan jual ini sebelum ini banyak dicadangkan oleh pihak pengguna ekoran projek-projek rumah terbengkalai yang banyak membebankan rakyat.

Menurut Najib, keputusan yang dicapai hari ini merupakan keputusan secara prinsip sahaja dan perincian pelaksanaannya akan dibincangkan secara kes demi kes dengan kerajaan negeri dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Kata beliau, ini kerana terdapat syarat-syarat lain yang perlu dipatuhi pemaju seperti jumlah rumah kos rendah dan sederhana yang perlu dibina berdasarkan kawasan tertentu dan permintaan setempat.

Menjelaskan perkara tersebut, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting berkata, pemaju yang memilih konsep ‘bina dan jual' akan diberikan pakej insentif antaranya dikecualikan bayaran deposit bagi mendapatkan lesen memajukan projek.

Katanya, pada masa sekarang pemaju sekurang-kurangnya perlu membayar deposit sebanyak RM200,000.

Beliau berkata, pemaju yang menggunakan konsep baru itu juga akan memperoleh kelulusan yang lebih cepat berbanding tempoh sedia ada dan kelonggaran dari segi keperluan membina rumah kos rendah di tapak yang akan dibangunkan.

‘‘Katakan di lokasi yang sudah ada rumah kos rendah, mereka boleh bina rumah kos sederhana, perincian mengenai perkara itu adalah bergantung kerajaan negeri dan kementerian akan berbincang dengan mereka.

‘‘Ini semua akan dijadikan pakej untuk dipilih oleh pemaju, kalau pemaju tidak guna sistem bina dan kemudian jual, maka mereka kena patuh kepada syarat sedia ada iaitu deposit, rumah kos rendah perlu dibuat secukupnya dan masa menunggu untuk mendapatkan lesen adalah seperti biasa,” katanya.

Menurut Najib, konsep yang sedia ada masih diterus diamalkan setelah kerajaan mengambil kira syarikat pemaju kecil dan sederhana yang tidak mempunyai modal besar.

‘‘Jangan lupa pemaju kecil dan sederhana, barangkali mereka boleh gulung tikar kerana tidak ada kemampuan untuk menggunakan konsep bina dan jual ini,” katanya.

Sementara itu, kata Timbalan Perdana Menteri, mesyuarat tersebut juga bersetuju memperkenalkan dasar penjualan sebahagian daripada rumah yang dibina di bawah program perumahan untuk rakyat kepada para penyewanya.

Katanya, ia dibuat setelah kerajaan menerima banyak permohonan dan rayuan supaya penghuni-penghuni yang menyewa di situ diberi peluang membeli rumah yang mereka diami secara menyewa selama ini.

‘‘Rumah-rumah rakyat itu sebelum ini dibina khusus untuk menyelesaikan masalah setinggan dan kita terima banyak permohonan dan majlis bersetuju supaya dasar membenarkan penghuni membeli rumah-rumah di bawah program perumahan rakyat diperkenalkan,” katanya.

Najib berkata, rumah-rumah tersebut akan dijual dengan harga RM35,000 seunit di Semenanjung manakala di Sabah dan Sarawak harganya 20 peratus lebih tinggi.

Dasar ini kata beliau, akan dibincangkan secara terperinci dengan semua kerajaan negeri dan DBKL untuk menentukan kawasan perumahan mana yang akan terlibat dengan dasar itu dan kawasan mana pula yang akan kekal di bawah skim sewaan.

‘‘Ini kerana ada juga dalam satu kawasan perumahan yang mana mana penjualannya berdasarkan kepada blok. Mana blok yang akan disewa dan mana blok yang dibenarkan dijual kepada penghuni,” katanya.

Menurut Timbalan Perdana Menteri lagi, segala urusan penjualan dibuat melalui bank dan institusi kewangan dan kerajaan akan mengenakan beberapa syarat seperti tidak dibenarkan pindah milik selama 10 tahun.

Enam undang-undang akan dipinda ganti CFO


PUTRAJAYA 22 Jun2006-Kerajaan akan meminda enam undang-undang serentak untuk membolehkan sijil penyiapan dan pematuhan (CCC) dikeluarkan sendiri oleh para profesional bagi menggantikan sijil kelayakan menduduki (CFO) yang sekarang ini dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan untuk meminda akta-akta tersebut akan dilakukan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada sesi akan datang.

‘‘Di bawah kaedah ini, tanggungjawab untuk mengeluarkan CFO akan berpindah kepada pihak profesional.

‘‘Dengan ini, kita harap walaupun terpaksa meminda enam undang-undang tetapi kesudahannya akan membolehkan pengeluaran CFO yang lebih pantas dan mengurangkan masalah birokrasi dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan Ke-54 di sini hari ini.

Sementara itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting berkata, enam akta yang akan dipinda serentak itu ialah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, Akta Pemaju Perumahan 1966 dan Akta Hak Milik Strata 1986.

Selain itu, katanya, ia juga melibatkan Akta Pendaftaran Jurutera 1967, Akta Arkitek 1967 dan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984.

‘‘Enam undang-undang itu terletak di bawah tiga kementerian iaitu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Asli.

‘‘Ketiga-tiga kementerian akan bekerjasama dan diselaraskan oleh Jabatan Peguam Negara untuk membawa pindaan tersebut ke Parlimen,” katanya.

Wednesday, January 17, 2007

More news related to the industry

Ubahsuai dapur RM4.5juta: AMK tuntut penjelasan MB

Terowong SMART dibuka kepada kereta tidak lama lagi


SHAH ALAM 16 Jan. – Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (SMART) Kuala Lumpur yang sedang dibina oleh Gamuda Bhd. bersedia untuk dibuka kepada para pemandu tidak lama lagi, kata Pengarah Urusan kumpulan syarikat itu, Datuk Lin Yun Ling.

Disifatkan sebagai yang pertama di dunia bagi dua kegunaan, SMART dibina untuk mengurangkan masalah banjir, dijangka disiapkan dan beroperasi menjelang Jun tahun ini.

Projek itu mengandungi dua bahagian.

“Sebahagian ialah terowong jalan raya kereta. Saya telah melawatnya minggu lepas, mereka sedang membersihkan dan membuat kerja terakhir,” Lin memberitahu pemberita selepas mesyuarat agung tahunan syarikat itu di sini hari ini.

“Jadi kami bersedai untuk membukanya kepada kereta-kereta tidak lama lagi,” katanya.

Yun Ling berkata, ‘Laluan Kereta Smart’ sepanjang empat kilometer, sebahagian daripada projek Terowong Smart berharga RM2 bilion itu, akan dibuka kepada orang ramai sebaik bahagian akhir laluan kereta itu disiapkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Saya fikir DBKL sedang bekerja pantas ke atas satu bahagian untuk menyambungkan ke Jalan Sultan Ismail, di hadapan Hotel Parkroyal. Saya fikir mereka mungkin akan menyiapkannya menjelang pertengahan atau akhir bulan Mac. Kemudian, ia akan dibuka kepada orang ramai,” katanya.

Satu lagi komponen projek itu — pembinaan terowong 9.7 kilometer untuk mengalirkan air banjir — dijadual siap menjelang bulan Jun tahun ini.

Terowong bawah tanah berukuran garis pusat 11.8 meter bermula dari Kampung Berembang dekat Hospital Gleneagles di Jalan Ampang di kuala Sungai Ampang dan melalui d bawah beberapa bahagian bandaraya sebelum ia berakhir di kolam simpanan air di Taman Desa dekat Jalan Klang Lama.

Sebaik siap, projek Terowong Smart dijangka membantu mengurangkan banjir dengan besarnya dalam bandar raya ini sekurang-kurangnya 50 peratus dan mengurangkan kesesakan lalu lintas dari lebuh raya ke bandar raya.

Pemandu-pemandu kereta yang menggunakan terowong itu akan mengambil empat minit untuk sampai ke daerah membeli belah Bukit Bintang dari Sungai Besi berbanding dengan lebih dari setengah jam, bergantung kepada keadaan lalu lintas, apabila menggunakan jalan permukaan biasa.

Sebagai langkah keselamatan, hanya kereta-kereta penumpang akan dibenarkan menggunakan terowong itu manakala bas-bas, lori-lori dan motosikal akan dilarang.


Tuesday, January 16, 2007

Related news to construction industry

Tapak projek sarang maksiat

Mesej burukkan MB

Ketirisan

JKR perlu pantau projek elak berlaku ‘ketirisan’

http://www.utusan.com.my

lain2 berita

Oleh: TARMIZI ABDUL RAHIM

SEREMBAN 15 Jan. – Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini menegur Jabatan Kerja Raya (JKR) yang disifatkan gagal memantau dengan baik setiap projek kecil yang dilaksanakan di setiap kawasan Parlimen.

Menurut beliau, kegagalan itu menyebabkan kebanyakan kualiti projek berkenaan terutamanya balai raya dan jalan raya tidak mencapai tahap minimum menyebakan ia mudah rosak.

“Saya pelik kerana setiap tahun bajet untuk projek-projek kecil yang diberikan oleh kerajaan pusat sebanyak RM3 juta kepada Parlimen di negeri ini banyak dihabiskan untuk baik pulih balai raya dan jalan raya.

“Setiap tahun projek yang dibuat ialah baiki balai raya dan jalan, benda ini berlaku adakah kerana kualiti pembinaannya yang teruk atau dasar dan polisi JKR sendiri yang perlu dirombak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena perjumpaan dengan ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan serta pegawai-pegawai kerajaan di sini hari ini.

Mohamad berkata, setiap tahun kerajaan Pusat menyalurkan peruntukan sehingga berpuluh-puluh juta kepada kawasan Parlimen untuk menyediakan projek-projek kecil tetapi sayangnya berlaku ‘ketirisan’.

Beliau percaya ‘ketirisan’ berlaku bukannya di peringkat tender kerana ia dibuat secara cabutan undi tetapi kemungkinan besar ia berlaku di peringkat pemantauan badan pelaksana agensi kerajaan seperti JKR.

“Agensi kerajaan kena pastikan setiap projek yang diperoleh dibuat dengan secara betul mengikut spesifikasi dan prosedur yang ditetapkan mengikut peruntukan undang-undang,” katanya.

Justeru itu, katanya, sekiranya ‘ketirisan’ berlaku kerana dasar atau prosedur yang sudah lapuk, maka jabatan kerajaan perlu mengenal pastinya termasuk merombak bagi disesuaikan dengan kehendak dan kepentingan semasa tanpa membelakangkan undang-undang.

Friday, January 12, 2007

KECELAKAAN DI TAPAK BINA


Dua maut perancah tapak binaan The Pavillion runtuh

Petikan dari Utusan online
Oleh S. ANAND KUMAR dan KHAIRUL AZRAN HUSSIN

KEADAAN di tapak pembinaan The Pavillion, yang mana perancah di bangunan itu runtuh dan mengakibatkan dua pekerja binaan terbunuh di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 10 Jan. – Dua buruh binaan maut manakala 10 lagi cedera apabila perancah yang mereka naiki terjatuh dari ketinggian kira- kira 15 meter di tapak pembinaan kompleks The Pavillion Kuala Lumpur, di Jalan Bukit Bintang di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, dua pekerja binaan mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala setelah dipercayai dihempap batu granit.

Mangsa yang terbunuh ialah rakyat tempatan dikenali sebagai Liew Wan Chew, 50, dan warga Myanmar dikenalpasti sebagai Hram UK, 25.

Semua mangsa yang cedera berketurunan Punjabi dan berasal dari India. Mereka kini sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Penolong Pengurus Keselamatan dan Kesihatan Pembinaan Putra Perdana Sdn. Bhd. (PPCSB), syarikat kontraktor utama projek itu, Mejar (B), Abu Bakar Abdul Rahman berkata, pihaknya mendengar bunyi gegaran yang kuat di kawasan pembinaan berdekatan Zon A berdekatan pintu lima The Pavillion ketika kejadian.

‘‘Apabila kami pergi melihat ke tempat kejadian, didapati perancah yang digunakan oleh pekerja memasang batu granit di tingkat tiga bangunan telah roboh dan menghempap perancah di bawahnya iaitu di tingkat dua.

Cedera

‘‘Pada waktu itu kira-kira tujuh orang pekerja berada di atas perancah manakala lima orang lagi sedang bekerja di bawahnya.

‘‘Kami mendapati beberapa pekerja yang cedera terbaring kemungkinan akibat jatuh bersama perancah yang roboh,’’ katanya kepada pemberita ketika membentangkan laporan kemalangan di sini, hari ini.

Difahamkan, berat satu batu granit ialah 50 kilogram (kg) dan semasa kejadian terdapat 10 batu granit bersama tujuh pekerja tersebut.

Menurut Abu Bakar, pihaknya membuat pertolongan cemas dengan mengeluarkan mereka yang cedera.

Tambahnya, pegawai keselamatan dan beberapa orang pegawai PPCSB telah membuat panggilan ke HKL untuk meminta bantuan kecemasan.

‘‘Beberapa ambulans tiba kira-kira 10 minit kemudian. Kami juga telah menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Balai Bomba dan Pejabat, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) berhubung perkara itu.’’ katanya.

Menurut beliau, semua pekerja yang terlibat adalah dari syarikat Usaha Tiga Sdn. Bhd., iaitu subkontraktor kepada PPCSB.

Pekerja-pekerja itu sedang menjalankan kerja-kerja memasang batu granit pada dinding kompleks di atas perancah.

‘‘Pihak kami mempunyai pasukan keselamatan dan kesihatan yang mencukupi dan berpengalaman untuk membuat pemantauan keselamatan.

‘‘Namun apa yang berlaku hari ini adalah tidak dapat dielakan dan amat dikesali,’’ katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abd. Rahman berkata, perancah yang membawa kesemua buruh binaan bersama muatan batu granit itu dipercayai melebihi muatan sebelum ia terjatuh menghempap bahagian bawahnya.

‘‘Ekoran kejadian ini kerja pembinaan akan dihentikan buat sementara waktu bagi siasatan lanjut dijalankan,’’ ujarnya ketika ditemui ditempat kejadian.

Menurut beliau, mayat dibawa ke HKL untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh keluarga masing-masing.

Monday, July 24, 2006

Construction in RMK 9

Sekolah pertama RMK-9
Oleh NORLIZAH ABAS dan SITI HANOM HAMDAN

BANGI 22 Julai ? Kementerian Pelajaran hari ini melancarkan projek pertama di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di samping mengotakan janjinya memanggil pemaju dan kontraktor terbabit untuk berucap pada majlis pecah tanah.

Ini ialah kali pertama pemaju dan kontraktor berucap di hadapan penduduk pada majlis pecah tanah untuk memberi akujanji bahawa projek berkenaan tidak akan tergendala.

Majlis pecah tanah pembinaan Sekolah Kebangsaan Seri Putra di Bandar Seri Putra, di sini disempurnakan oleh Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

United Malayan (UM) Land Berhad selaku pemaju diwakili ahli lembaga pengarahnya, Datuk Nur Jazlan Mohamed manakala Pintasia Jaya Sdn. Bhd. sebagai kontraktor pembinaan diwakili Pengarah Urusannya, Mazlan Katimon.

Sekolah pertama di kawasan perumahan berkenaan dijangka siap dalam tempoh dua tahun dengan 30 bilik darjah bagi kegunaan lebih 1,000 murid.

Buat masa ini, ibu bapa dan murid-murid sekitar kawasan tersebut terpaksa berulangalik lebih 10 kilometer untuk ke sekolah rendah yang paling hampir di Bandar Baru Bangi.

Hishammuddin semasa berucap pada majlis berkenaan berkata, selain memanggil mereka bertemu penduduk, beliau bersama dua timbalannya, Datuk Noh Omar dan Datuk Hon Choon Kim akan ?turun padang? bagi memantau perkembangan projek tersebut supaya semuanya siap mengikut jadual.

??Sebelum ini, kita tidak pernah panggil kontraktor dan pemaju berucap tetapi kali ini kita laksanakan kerana tidak mahu wujud projek terbengkalai.

??Saya anggap mereka yang gagal menyiapkan projek diberi sebagai penderhaka besar kerana menyebabkan anak-anak tidak berdosa gagal ke sekolah,?? ujarnya.

Kelmarin, Hishammuddin berkata, setiap kontraktor yang terlibat dengan projek kementerian di bawah RMK-9 akan diminta memberi janji secara terbuka bahawa mereka akan menanggung apa jua risiko jika projek mereka tergendala.

Beliau berkata, langkah tersebut perlu dilaksanakan supaya kementerian tidak dipersalahkan oleh mana-mana pihak jika projek berkenaan tergendala atau bermasalah.

Mengenai projek-projek di bawah RMK-9, Hishammuddin berkata, kerajaan meluluskan peruntukan RM23.198 bilion termasuk pendidikan prasekolah (RM327.3 juta), pendidikan rendah (RM4.124 bilion), pendidikan menengah (RM4.521 bilion) dan sekolah sukan (RM256.4 juta).

Beliau memberi jaminan, kontraktor- kontraktor dipilih merupakan mereka yang benar-benar layak selepas disiasat secara terperinci oleh petugas khas kementerian.

Katanya, beliau sudah mengarahkan petugas khas menyiasat kontraktor yang membida tender bagi memastikan mereka tidak berselindung dengan menggunakan nama syarikat lain.

Sehubungan itu, Hishammuddin mengingatkan bahawa kontraktor yang gagal menyiapkan projek RMK-8 tidak akan mendapat projek kementerian di bawah RMK-9


http://www.utusan.com.my

Wednesday, July 05, 2006

Matrade

Thursday, July 06, 2006

Matrade: Samy digesa tunai janji segera

Wed Jul 05, 06 10:37:32 AM Oleh Abu Bakar Rahman
KUALA LUMPUR, 5 Julai (Hrkh) - PAS tidak akan berhenti setakat prosedur dalam Parlimen sahaja untuk memastikan Menteri Kerja Raya, Dato' Seri S. Samy Vellu menunaikan janjinya untuk mengambil tindakan yang lebih segera ke atas pihak yang bertanggungjawab atas kelewatan pembinaan bangunan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), kata Ketua Pemudanya, Salahuddin Ayub.
"Kita akan ambil semua langkah yang perlu untuk memastikan Samy Vellu segera menunaikan janjinya kepada Parlimen. Kita tidak berpuas hati sekadar menerima janji sahaja kerana kita tidak tahu berapa lamakah masa yang akan beliau ambil untuk menunaikan janjinya itu. Berapa lama? Satu bulan? Satu tahun? 10 tahun?
"Negara telah menanggung kerugian. Sekadar janji tidak dapat menebus kerugian wang rakyat," tegas beliau.
Semasa menjawab soalan tambahan mengenai kelewatan pembinaan bangunan Matrade, Menteri Kerja Raya berjanji akan "lawan" pihak yang bertanggungjawab atas kelewatan pembinaan bangunan itu.
"Saya sudah ambil perhatian dalam hati saya, ini mesti kita lawan.. Tidak boleh kasi dia lari. Kita ambil tindakan atas dia, siapa dia punya boss, siapa dia punya director, mana dia tubuh, siapa jadi director masa ditubuhkan, semua mesti diambil tindakan.
"Saya janji kepada Dewan yang mulia ini, sampai saya dapat apa-apa arahan dari mana-mana pihak pun kita mesti jalankan. Ini arahan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri," Samy Vellu berjanji.
Salahuddin berkata, tuduh-menuduh antara Samy Vellu dan bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan pada masa itu, Dato' Seri Anwar Ibrahim menambahkan lagi kecurigaannya bahawa "banyak perkara yang tidak kena dalam pembinaan bangunan itu".
Ketika meminta penjelasan mengenai perkara itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian meminta Menteri Kerja Raya menamakan semua syarikat yang mengemukakan sebut harga untuk membina bangunan Matrade ketika tawaran dibuat sebelum ia mula dibina pada 1994.
Salahuddin juga meminta Samy Vellu menyatakan jumlah sebut harga yang dikemukakan oleh setiap syarikat yang mengemukakan sebut harga itu dan asas pemilihan Perangsang International Sdn. Bhd. untuk membina bangunan tersebut.
Menurut Menteri Kerja Raya, 14 syarikat telah mengemukakan tender bagi membina dan menyiapkan bangunan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia iaitu Matrade,di Jalan Duta Kuala Lumpur.
Antaranya, Perangsang International Sdn Bhd yang mengemukakan harga tawaran RM153,993,379.99 dengan tempoh siap 156 minggu.
"Lembaga Tender Jabatan Kerja Raya bersidang pada 30 Jun 1993 telah memperakukan Syarikat Ireka Construction Berhad dengan harga RM157,721,431 kepada Kementerian Kewangan. Asas perakuan Jabatan Kerja Raya adalah seperti berikut; harga tawaran kontraktor yang berpatutan, 15% lebih rendah berbanding dengan anggaran Jabatan Kerja Raya.
"Yang kedua, tempoh siap kerja yang boleh diterima. Yang ketiga, beban kerja semasa kontraktor yang tidak terlalu berat - satu projek dalam tangan.
"Tawaran Perangsang International Sdn. Bhd. (PISB) tidak diperakukan kerana harga yang ditawarkan didapati terlalu rendah iaitu 19% lebih rendah daripada anggaran Jabatan. Ini adalah disebabkan PISB menawarkan harga item wall cladding yang terlalu rendah iaitu sebanyak RM3 juta sahaja berbanding dengan anggaran Jabatan Kerja Raya RM15 juta. Di samping itu, PISB telah tidak mengemukakan cadangan reka bentuk wall cladding tersebut," kata Samy Vellu lagi.
Bagaimanapun, katanya, Kementerian Kewangan pada 8 September 1993 telah memutuskan supaya tender ini dipanggil semula secara tender terhad di kalangan 14 penender asal.
Akhirnya, pada 10 November 1993, Kementerian Kewangan telah mengarahkan supaya pelaksanaan projek ini dibuat secara runding terus dengan PISB.
Selepas runding, Kementerian Kewangan telah bersetuju meluluskan harga yang dirunding iaitu sebanyak RM167 juta dan pada 18 Disember 1993, surat persetujuan menerima tawaran kepada PISB telah dikeluarkan, kata Samy Vellu.
Mengulas penjelasan Samy Vellu itu, Anwar mendakwa bahawa projek-projek yang dikemukakan oleh Kementerian Kerja Raya ketika beliau menjadi Menteri Kewangan sering 'bermasalah'.
Kerana itu, katanya, apabila berhadapan dengan cadangan dari Kementerian Kerja Raya, para pegawainya terpaksa menelitinya dengan lebih berhati-hati.
"Tidak seperti cadangan-cadangan dari kementerian lain, cadangan-cadangan dari Kementerian Kerja Raya yang diterajui Samy Vellu selalu berdepan dengan masalah di Perbendaharaan.
"Para pegawai kementerian telah diingatkan supaya lebih berhati-hati apabila menteri menunjukkan minat terhadap sesuatu projek itu. Oleh itu, apabila Samy Vellu menunjukkan minat terhadap sesuatu projek, ia menimbulkan kecurigaan di kalangan para pegawai," kata beliau.
Menurut bekas Timbalan Perdana Menteri itu lagi, mana-mana projek yang melibatkan campurtangan Samy Vellu akan diteliti sepenuhnya, selari dengan syor yang dibuat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu.
"BPR sentiasa mengarahkan para pegawai lebih berhati-hati apabila menilai tender. Jadi kalau Samy Vellu hendak tahu mengapa sebahagian projeknya dikaji semula, ia adalah kerana Perbendaharaan mencurigai kesahihan projek-projek berkenaan, selain mematuhi prosidur pemilihan tender. Jadi Samy cari penyakit la!" tambah Anwar.
Anwar mahu 'skandal Matrade' itu disiasat dengan teliti bagi memastikan sama ada berlaku perbuatan rasuah atau perbuatan jenayah dalam pengurusan dan pembinaan projek tersebut.
Katanya, siastan teliti perlu dilakukan supaya pihak yang bertanggungjawab dalam skandal ini boleh dikenakan hukuman sewajarnya.
"Tiada siapa patut lepas dari hukuman jika ada berlaku jenayah dalam Matrade, MRR2 atau mana-mana pembinaan projek Kementerian Pelajaran," tegasnya.
Anwar juga menjelaskan beliau tidak terbabit dalam pemilihan kontraktor berkenaan kerana proses pemilihan dibuat oleh jawatankuasa tender yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Kewangan.
Timbalan menteri berkenaan ketika PISB dipilih sebagai kontraktor Matrade ialah Datuk Abdul Ghani Othman yang kini menjadi Menteri Besar Johor.
Samy Vellu kemudiannya menjelaskan beliau tidak menjadi Menteri Kerja Raya ketika tender pembinaan projek menara Perbadanan Kemajuan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dikeluarkan pada tahun 1993.
Menurut Setiausaha Akhbarnya, S Sivabalan, antara tahun 1989 hingga 1995 Samy memegang jawatan Menteri Tenaga, Komunikasi dan Pos.
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke harakahdaily@gmail.com. Artikel akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.

Tuesday, July 04, 2006

JAMBATAN BENGKOK

Kita hendak jambatan baru ganti Tambak Johor

KUALA LUMPUR 10 Feb. - ``Pendirian kita mengenai Tambak Johor ialah kita hendak jambatan (baru) sama ada bengkok, lurus atau herot,'' kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Tegas Perdana Menteri, Malaysia memerlukan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor.

Perdana Menteri memberitahu, sehubungan itu beliau menyerahkan kepada Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar untuk mengadakan rundingan dengan Singapura.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Memorial Tun Hussein Onn, Perdana Menteri ketiga negara di Jalan Dato Onn di sini hari ini.

Perdana Menteri diminta mengulas mengenai syarat Singapura yang mahukan pasir dan pembukaan ruang udara Malaysia untuk pesawat pejuang negara itu sebagai syarat persetujuan bagi pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor.

Malaysia memutuskan akan meneruskan cadangan membina jambatan bagi menggantikan Tambak Johor tanpa menunggu kata putus daripada Singapura bagi melengkapkan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) baru yang akan siap tidak lama lagi.

Tindakan itu menyebabkan Singapura menghantar nota bantahan pihak ketiga bagi mendapatkan penjelasan mengenai tindakan Malaysia.

Kontraktor projek itu, Gerbang Perdana Sdn. Bhd (GPSB), baru-baru ini mengesahkan telah menerima arahan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) pada 18 Januari lalu untuk memulakan kerja-kerja kajian tanah dasar laut yang tertangguh sejak 2004, sebelum melaksanakan kerja fizikal untuk pembinaannya.

Jambatan itu dijangka siap pada 2009 dan menelan belanja melebihi RM600 juta.

Perdana Menteri menjelaskan, jambatan itu diperlukan bagi membolehkan kawasan pantai di Tambak Johor itu indah, bersih dan air tidak tersekat serta kapal boleh melaluinya.

Sementara itu mengenai Projek Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) Perdana Menteri memberitahu, semua projek-projek yang telah dimulakan perlu dilaksanakan sehingga siap.

Jelasnya, projek-projek itu perlu dilaksanakan sehingga selesai walaupun kerajaan akan melaksanakan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

``Terdapat projek-projek RMK-8 dijalankan secara fasa, oleh itu ia akan diteruskan walaupun projek RMK-9 dilaksanakan.

``Kerajaan sedar bahawa projek itu akan mengambil masa untuk disiapkan tetapi saya menegaskan, jangan ambil tidak tahu mengenai projek RMK-8, ia perlu dilaksanakan sehingga habis,'' katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=0211&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm



Wednesday, July 05, 2006


KP JKR gagal sahkan pertemuan dengan GPSB
KUALA LUMPUR 4 Julai - Pertemuan antara Gerbang Perdana Sdn. Bhd. (GPSB) dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) mengenai isu pampasan yang dilaporkan pada Khamis ini, masih menjadi tanda tanya apabila tiada pengesahan diperoleh daripada agensi Kerajaan Persekutuan itu setakat ini.
Kegagalan untuk mendapatkan pengesahan laporan itu berlaku apabila semua panggilan kepada Ketua Pengarah JKR, Profesor Datuk Dr. Ir. Wahid Omar, tidak dijawab.
Sementara itu, panggilan yang dibuat ke pejabat beliau di Jalan Sultan Salahuddin di sini pula dimaklumkan bahawa Ketua Pengarah JKR itu tidak masuk kerja hari ini kerana cuti sakit.
Dalam pada itu, usaha mendapatkan reaksi daripada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu berhubung isu tersebut turut tidak membuahkan hasil.
Sebaliknya, Setiausaha Akhbar menteri berkenaan, E. Sivabalan menjelaskan, sebagaimana yang dinyatakan ?bos'nya itu sebelum ini, isu pampasan tersebut masih lagi di peringkat semakan oleh JKR.
Justeru katanya, Samy Vellu tidak akan melayan sebarang laporan yang hanya memetik sumber, kerana berpendapat kenyataan itu boleh dibuat oleh sesiapa sahaja, termasuk budak pejabat.
Pampasan
Laporan akhbar hari ini menyebut, kekeliruan berhubung jumlah sebenar pampasan yang dituntut oleh GPSB berikut pembatalan jambatan menggantikan Tambak Johor akan dibincangkan dalam pertemuan antara syarikat tersebut dengan JKR di sini, 6 Julai ini.
Laporan itu yang memetik sumber berkata, terlalu awal untuk menentukan jumlah sebenar pampasan tersebut kerana terdapat banyak dokumen yang belum disemak dan diperhalusi.
Kelmarin, isu mengenai pampasan pembatalan jambatan di Tambak Johor timbul semula apabila Samy Vellu berkata, GPSB membuat tuntutan baru sebanyak RM360 juta daripada angka asal kira-kira RM100 juta.
Bagaimanapun, satu sumber GPSB memberitahu, pihaknya tidak pernah membuat tuntutan sebanyak itu.

Thursday, July 06, 2006



Gerbang tuntut RM360j -- Bagaimanapun angka baru Samy Vellu dipertikai GPSB

Oleh Fauzi Jaafar
KUALA LUMPUR 2 Julai - Isu pampasan pembatalan pembinaan jambatan di Tambak Johor dijangka menjadi panas lagi. Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, Gerbang Perdana Sdn. Bhd., (GPSB) membuat tuntutan baru iaitu sebanyak RM360 juta daripada angka asal kira-kira RM100 juta.
Hairannya, satu sumber GPSB memberitahu Utusan Malaysia lewat petang ini: “Macam mana pula angka itu timbul.”
Bagaimanapun beliau enggan menyatakan sama ada angka itu telah berubah daripada RM100 juta.
Jika GPSB menafikannya, apa pula alasannya Samy membuat kenyataan sedemikian?
Kata Samy: ‘‘Permintaan mereka (GPSB) sekarang ialah RM360 juta. Tetapi mereka tidak boleh hanya minta sahaja, mereka perlu beri dokumen lengkap tuntutan pampasan.
“Kita bagaimanapun sedang siasat tuntutan mereka itu, kami siasat seperti Badan Pencegah Rasuah (BPR) membuat siasatan. Masalah pampasan ini serius dan akan mengundang kritikan jika tidak dilakukan dengan betul.”
Samy Vellu mengarahkan syarikat tersebut mengemukakan dokumen tuntutan lengkap kepada JKR sebelum 11 Julai ini.
Tegasnya, kegagalan syarikat tersebut mengemukakan dokumen-dokumen berkenaan akan menyebabkan kementerian membuat taksiran pampasan berdasarkan siasatan yang telah dibuat oleh JKR.
Samy berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Malaysia Hindu Sangam di sini hari ini.
Isu itu panas baru-baru ini setelah Samy ‘ditekan’ oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang mahukan pampasan berjumlah RM100 juta itu disemak balik.
Permintaan PAC itu tidak diendahkannya sehingga jawatankuasa itu menuduh beliau telah menghina Parlimen.
PAC ialah sebuah institusi di bawah Parlimen yang sepatutnya tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa, termasuk anggotanya.
Mengikut rekod, 12 April lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dipetik sebagai berkata, kerajaan akan membayar pampasan kepada kontraktor GPSB sebanyak kira-kira RM100 juta, setelah kerajaan memutuskan untuk menghentikan projek jambatan itu.
Menurut Samy lagi, Kementerian Kerja Raya telah menghantar pegawainya membuat siasatan di tapak projek untuk menilai kerja-kerja yang telah dilakukan oleh GPSB.
“Saya telah menghantar satu kumpulan seramai enam orang diketuai Timbalan Pengarah dan jurutera JKR ke tapak pembinaan dan menilai kerja-kerja yang telah dibuat.
“Apa yang diminta (oleh GPSB) kita siasat, bukan apa yang diminta, kita (terus) bayar. Jadi, setakat ini kita telah siasat sebahagian besar daripada tuntutan kontraktor,'' katanya.
Dalam hubungan ini, kata beliau, pihak kontraktor masih belum menyerahkan dokumen lengkap tuntutan melibatkan resit pembelian barang-barang, kos penilaian kerja, pembayaran kepada sub-kontraktor dan sebagainya.
Samy Vellu juga memberitahu, kementeriannya telah mempunyai nilai pampasan yang sepatutnya dibayar kepada GPSB.
Bagaimanapun, katanya, jumlah pampasan daripada kementerian tidak akan diumumkan sehingga dibawa kepada Jemaah Menteri terlebih dahulu untuk kelulusan.
“Kita (JKR) sudah buat dokumen (pampasan) dan kita tahu jumlah pampasan daripada penilaian JKR tidak melebihi RM360 juta yang dituntut itu,'' katanya.
Beliau juga melahirkan rasa kurang senang terhadap pemaju kerana mereka telah meminta pelbagai bayaran pampasan berhubung projek tersebut.
“Saya sudah beritahu pampasan yang mereka minta ini kepada Perdana Menteri dan Timbalannya,'' kata beliau.
GPSB, syarikat kontraktor yang bertanggungjawab membina jambatan baru bagi menggantikan Tambak Johor, telah mengemukakan tuntutan bernilai RM99.7 juta pada 3 Mac lalu ekoran penangguhan kerja-kerja pembinaan.

Wednesday, July 05, 2006

Jambatan lagi.....

Dr Building
Samy Vellu bentang jumlah pampasan GPSB ke Kabinet
Oleh Habibah Omar
PUTRAJAYA 4 Julai - Laporan berhubung jumlah sebenar pampasan yang dituntut oleh Gerbang Perdana Sdn. Bhd. (GPSB) ekoran pembatalan pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor akan dikemukakan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu ke Kabinet, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Timbalan Perdana Menteri berkata, Samy Vellu akan mengemukakan laporan itu apabila beliau telah bersedia berbuat demikian.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Laporan Pembangunan Rantau Asia Pasifik, di sini hari ini.
Najib mengulas mengenai kekeliruan berhubung jumlah sebenar pampasan yang dituntut oleh GPSB berikutan pembatalan pembinaan jambatan bengkok menggantikan Tambak Johor.
Isu berkenaan timbul semula apabila Samy Vellu berkata, GPSB membuat tuntutan baru RM360 juta daripada angka asal kira-kira RM100 juta.
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) baru-baru ini meminta penjelasan daripada Samy Vellu mengenai pampasan berjumlah RM100 juta itu.
Dalam pada itu, Pengerusi GPSB, Tan Sri Razali Ismail yang ditemui pada majlis yang sama berkata, pihaknya menyerahkan kepada kerajaan untuk menentukan sama ada jumlah pampasan yang akan dibayar berikutan pembatalan jambatan bengkok itu adalah wajar atau tidak.
??Saya cakap apa jua jumlah yang kita berikan adalah jumlah yang telah dilihat dengan serius dan kerajaan boleh datang semula serta berbincang dengan kami mengenai berapa banyak pampasan yang akan dibayar.
??Saya berharap ia tidak disensasikan oleh akhbar. Saya tak nak cakap lagi tapi saya boleh katakan yang GPSB adalah bertanggungjawab serta berfikiran serius dan menghormati kerajaan sebagai pelanggan,? katanya.

Monday, November 06, 2006

jambatan bengkok lagi....

This article i collect from malysia today without permission - just to add as archieve to news on jambatan bengkok

04/11: Johor sultan calls for scrapping of causeway to Singapore
Category: General Posted by: Raja Petra
The sultan of Malaysia's southern Johor state Saturday called for the scrapping of the nation's first land link to Singapore, and launched an attack on "dirty" foreigners.

Speaking at the launch of ambitious plans to turn Johor into a thriving economic hub, the state's Sultan Iskandar al-Marhum said the 83-year-old causeway to neighbouring Singapore was undermining the state's economy and was a vestige of colonialism.

"The colonialists built it to develop Keppel Harbour in Singapore," Sultan Iskandar, 74, said in remarks broadcast live on television.

"Many people think foreigners are great but I think they are dirty," he added.

"If the causeway is removed, then the economy will develop," he told a crowd of some 2,000 onlookers, who cheeered and clapped at his suggestion.

The causeway was completed in 1923 in pre-independence Malaysia and Singapore, then both under British colonial rule.

Carrying piped water from Malaysia to Singapore, it also serves as a road, rail and pedestrian link from the state capital Johor Baru to the town of Woodlands in northern Singapore, and sees daily heavy traffic.

The causeway has been at the centre of a bitter dispute between Malaysia and Singapore, with Malaysia calling for its replacement with a new bridge until dropping those plans in April this year.

Malaysians complain the height of the causeway limits shipping traffic to Malaysian ports and argue a new bridge would allow ships easier access.

"Let ships go through," said Sultan Iskandar, who was flanked by Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi at the launch.

Sultan Iskandar, one of the few outspoken members of Malaysia's royalty, is the hereditary ruler of Johor and has a mostly ceremonial role.

He caused ripples in Malaysian society last month when he called on former premier Mahathir Mohamad to stop an ongoing feud with the government and "just behave like a pensioner"

Friday, October 26, 2007

RM237m for scrapped bridge contractor



New Straits Times

THE contractor of the scrapped crooked bridge across the Johor Straits has to date been compensated RM237 million.

Finance Ministry parliamentary secretary Datuk Dr Hilmi Yahaya said the amount included RM55 million for work already carried out on the site by Gerbang Perdana Sdn Bhd.

The government has approved RM292.5 million in compensation.

The RM1.113 billion bridge project to replace the Causeway was aborted following conditions imposed by Singapore such as that Malaysia supply the republic with sand and allow it the use of Johor airspace.

Hilmi said discussions were ongoing with the state government to build a link connecting the causeway to the Customs, Immigration and Quarantine Complex.

On another aborted project, the Broga incinerator, Hilmi said the compensation amount had not been determined.

Replying to Dr Mohamed Hayati Othman (BN-Pendang), he said negotiations have not concluded with contractors Konsortium Ebara Corporation and Hartasuma Sdn Bhd on the RM1.5 billion project.

The incinerator was meant to handle 1,500 tonnes of solid waste per day and serve as a centralised waste disposal system for the Klang Valley.

But it was opposed by residents who claimed it was harmful to the environment and public health.

The government scrapped the project last July.

Monday, October 29, 2007

26/10: Scam of the century

kategori : Jambatan bengkok

Category: General

Posted by: Raja Petra

203 Comments

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin



Aiyoh, the government is ripping us off to the tune of billions and yet all Malaysians are still in a lullabye. What is going on anyway? Cukuplah PM tidur. Takkanlah rakyat pun nak tidur juga? Alamak!

Look at these figures!


Graphics courtesy of malaysiakini.com

Sunday, December 30, 2007

Koleksi berita jambatan bengkok

Jambatan batal -- Elak implikasi undang-undang berhubung laluan paip air

Oleh ROZAMAN ISMAIL dan FAUZI

JAAFAR



PEMANDANGAN Tambak Johor yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura.



KUALA LUMPUR 12 April 2006 - Kerajaan hari ini membuat keputusan menghentikan pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor yang menghubungkan Malaysia-Singapura.

Serentak dengan keputusan itu, kerajaan turut memutuskan untuk memberhentikan semua rundingan bersabit pembinaan jambatan itu dengan republik tersebut.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) menjelaskan:

``Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira suara dan sentimen rakyat Malaysia keseluruhannya terutama berkenaan bekalan pasir dan ruang udara.''

Keputusan itu turut meliputi pembinaan ``Jambatan Indah'' atau jambatan bengkok berharga RM620 juta di sebelah Malaysia, yang kerja-kerja awal telah pun dijalankan.

Jambatan Indah itu adalah sebahagian daripada Projek Bersepadu Gerbang Selatan berharga RM2.5 bilion yang akan menjadikan Johor pusat logistik serantau yang akan menghubungkan pelabuhan, lapangan terbang dan lebuh raya.

Mengulas lanjut perkara itu kepada Bernama petang ini, Abdullah berkata, Malaysia tidak meneruskan pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor kerana implikasi dan komplikasi undang-undang yang akan berbangkit kelak.

Perdana Menteri berkata, Kabinet membincangkan projek itu pada mesyuarat mingguannya hari ini dan berpendapat sekiranya Malaysia meneruskan projek itu akan timbul implikasi dan komplikasi undang-undang yang perlu diselesaikan kelak.

``Masalah akan timbul apabila kita hendak potong tambak, laluan paip air dan laluan kereta api (yang sedia ada) kelak untuk disambungkan dengan jambatan yang baru. Masalah itu tidak akan selesai,'' katanya.

Sementara itu, Abdullah yang ditemui pemberita selepas membuat lawatan kerja ke Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Putrajaya petang ini berkata, kerajaan akan membayar pampasan kepada kontraktor Gerbang Perdana Sdn. Bhd. sebanyak kira-kira RM100 juta.

Beliau berkata, keputusan yang dibuat kerajaan itu juga bukan disebabkan oleh ``tekanan daripada mana-mana pihak (Singapura).

``Ia dibuat setelah mengambil kira perasaan dan sentimen rakyat yang tidak mahu pasir dan ruang udara diberikan kepada Singapura.''

Abdullah berkata, sebarang rundingan dua hala dengan Singapura selepas ini tidak akan menyentuh lagi mengenai soal jambatan, pasir dan ruang udara.

Ditanya apakah nanti Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) yang bakal digunakan Januari ini akan menjadi `gajah putih'? Abdullah berkata:

``Ia tidak akan menjadi gajah putih kerana semua aliran trafik dari Tambak Johor dan sebaliknya akan melalui CIQ baru itu.''

Pembinaan jambatan menyeberangi Selat Tebrau bagi menggantikan Tambak Johor yang sudah berusia 80 tahun itu tidak disenangi Singapura yang beberapa kali menghantar nota bantahan kepada Kerajaan Malaysia.

Malaysia bagaimanapun membuat keputusan untuk meneruskan rancangan membina jambatan itu di kawasannya sendiri apabila perbincangan antara kedua-dua kerajaan berlarutan tanpa sebarang persetujuan.

Singapura pada mulanya mahu Tambak Johor dikekalkan dengan alasan ia mempunyai nilai sejarah dan tidak percaya projek itu memberikan manfaat kepadanya.

Apabila Malaysia secara unilateral meneruskan projek itu di kawasannya, Singapura memberi amaran bahawa pembinaan jambatan itu boleh mendatangkan ``implikasi serius'', tanpa menjelaskan lebih lanjut.

Bagi Malaysia, jambatan itu dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di Tambak Johor yang akan menguntungkan pengguna kedua-dua negara selain meningkatkan kualiti air di Selat Tebrau yang terhalang alirannya sejak adanya Tambak Johor, sekaligus memulihkan sistem ekologi di perairan itu.

Malaysia meneruskan pembinaan projek itu dengan harapan rundingan antara kedua-dua kerajaan akan mencapai persetujuan Singapura untuk menyambung jambatan itu di bahagiannya.

Bagaimanapun, Menteri Luar Kedua Singapura Raymond Lim memberitahu Parlimen republik itu awal bulan ini bahawa negara itu tidak dapat menerima bahawa Malaysia berhak membuat keputusan sendiri membina separuh daripada jambatan itu.

Dalam rundingan kedua-dua kerajaan, Singapura telah meminta antara lainnya supaya Malaysia membenarkan pesawat pejuangnya menggunakan ruang udara Malaysia dan ia dibekalkan pasir sebagai balasan.

Permintaan Singapura itu dikritik rakyat Malaysia, terutamanya penduduk Johor yang menganggapnya sebagai keterlaluan, yang jika dituruti boleh diibaratkan menggadaikan kedaulatan negara.

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=0413&pub=Utusa

Friday, June 30, 2006

Perlu bela kerajaan -- Kabinet putuskan menteri jawab kritikan Dr. M – Nazri
Oleh YULPISMAN ASLI
KUALA LUMPUR 28 Jun - Mesyuarat Kabinet hari ini memutuskan agar semua jemaah menteri perlu mempertahankan kerajaan daripada kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata, jemaah menteri yang membincangkan secara panjang lebar perkara itu berpendapat, ia adalah kerana mereka (menteri) semua terlibat dalam membuat keputusan dan kritikan-kritikan itu membabitkan kementerian atau agensi masing-masing.
“Semua menteri mesti mempertahankan kedudukan mereka. (Ini kerana) kini keputusan (mereka) telah dipertikaikan,” katanya.

more

Wednesday, June 07, 2006

















construction of canopy at klcc. All works done at night.Steel structure with self cleaning glass roof. Very impresive design replacing old canopy.
web stats